Assalamualaikum, Terima Kasih kerana sudi menyinggah ke blog saya.
Saya Awin, Pengedar Shaklee Johor Bahru. Penghantaran Seluruh Malaysia
Shaklee ID: 947645
+6017-762 5243
razwienz@gmail.com
FB:Awien Pinky
IG: Drazwin

Rabu, 29 Oktober 2014

Siapa yang TAK BOLEH AMBIL ALFALFA dan KENAPA?

1. Pesakit autoimun eg SLE, Rheumatoid Arthritis (RA), Multiple Sclerosis (MS) etc. 

  • Pesakit autoimun telah sedia ada mempunyai sistem imun yang aktif. Alfalfa boleh meningkatkan sIstem imunisasi badan, dan ini menyebabkan simptom2 penyakit autoimun tersebut semakin teruk

2. Ibu mengandung 
  • Alfalfa mengandungi estrogen tumbuhan semulajadi (phytoestrogens) yang boleh menyebabkan kontraksi uterus, seterusnya boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang (bayi lahir tidak cukup bulan)

3. Penyakit hormone - sensitive eg kanser payudara, kenser rahim, kanser ovari, endometriosis, fibroid. 
  • Phytoestrogen dalam alfalfa yg boleh bertindak seperti hormon estrogen boleh memburukkan penyakit2 yg sensitif terhadap hormon estrogen ini

4. Pesakit diabetes yg mengambil ubat OHA/insulin 
  • Alfalfa boleh menurunkan gula dalam darah. Jadi, pesakit diabetes yg sedang mengambil ubat mesti dinasihatkan supaya monitor paras gula dalam darah closely agar dos ubat dapat disesuaikan accordingly (better doktor yg adjust dos ubat ni ye). Jika paras gula terlalu rendah, pesakit boleh dapat hypoglycaemic attack atau boleh koma.

5. Penerima organ transplant 
  • Alfalfa meningkatkan sistem imun badan dan akan mengurangkan efikasi ubat anti-transplant rejection (cyclosporine, steroid) dan sekaligus boleh menyebabkan badan menolak organ yang diterima (transplant-rejection).

INTEAKSI ALFALFA DENGAN UBAT-UBATAN
Major (Kontraindikasi untuk diambil bersama alfalfa)Warfarin- Alfalfa mempunyai kandungan vitamin K yg tinggi, yg bertanggungjawab utk pembekuan darah. Warfarin berfungsi utk melambatkan pembekuan darah. Pengambilan Alfalfa akan mengurangkan efikasi ubat Warfarin.
Sederhana (Berhati-hati jika diambil bersama2 alfalfa)
 
1. Pil perancang (birth control pills) 
  • Alfalfa mengandungi phytoestrogens yg bertindak seperti hormon estrogen, tetapi tidak sekuat hormone estrogen yg terdapat dalam pil perancang. Penggunaan alfalfa dgn pil perancang boleh mengurangkan efikasi pil perancang, jadi dinasihatkan utk menggunakan kaedah perancang tambahan eg kondom.

2. Ubat-ubatan yg mengurangkan sistem imunisasi (immunosuppresants) 
  • Alfalfa boleh meningkatkan sistem imunisasi dan mengurangkan efikasi ubat2 immunosuppresants eg azathioprine (Imuran), basiliximab (Simulect), cyclosporine (Neoral, Sandimmune), daclizumab (Zenapax), muromonab-CD3 (OKT3, Orthoclone OKT3), mycophenolate (CellCept), tacrolimus (FK506, Prograf), sirolimus (Rapamune), prednisone (Deltasone, Orasone), corticosteroids (glucocorticoids).

3. Ubat-ubatan yg meningkatkan sensitiviti terhadap matahari (Photosensitizing drugs) 
  • Pengambilan alfalfa dlm dos yg tinggi boleh meningkatkan sensitiviti seseorang terhadap cahaya matahari. Orang yg mengambil ‘Photosensitizing drugs’ dan alfalfa akan menjadi lebih sensitif terhadap cahaya matahari, menyebabkan risiko mendapat ‘sunburn’, ‘blistering’ dan ruam pada kulit yg terdedah lebih tinggi. 
  • ‘Photosensitizing drugs’ : amitriptyline (Elavil), Ciprofloxacin (Cipro), norfloxacin (Noroxin), lomefloxacin (Maxaquin), ofloxacin (Floxin), levofloxacin (Levaquin), sparfloxacin (Zagam), gatifloxacin (Tequin), moxifloxacin (Avelox), trimethoprim/sulfamethoxazole (Septra), tetracycline, methoxsalen (8-methoxypsoralen, 8-MOP, Oxsoralen), Trioxsalen (Trisoralen)
-VC Awien-
Fb            : https://www.facebook.com/awien.pinky
Page Fb   : https://www.facebook.com/pages/Drazwin-healthy-beauty/580234235365326?ref=hl
Whatsapp/telegram : 017-762 5243

Tiada ulasan:

Catat Ulasan