Assalamualaikum, Terima Kasih kerana sudi menyinggah ke blog saya.
Saya Awin, Pengedar Shaklee Johor Bahru. Penghantaran Seluruh Malaysia
Shaklee ID: 947645
+6017-762 5243
razwienz@gmail.com
FB:Awien Pinky
IG: Drazwin

Khamis, 31 Julai 2014

PETUA MENGEKALKAN KECANTIKAN


Air Sejuk
Ramai selebriti yang amalkan petua membasuh wajah dengan air sejuk di waktu pagi. Macam-macam cara yang dipraktikkan bagi memastikan wajah dibelai dengan air sejuk. Bagi aku sendiri, cara yang aku buat adalah dengan memasukkan ais ketul ke dalam besen kecil. Then masukkan mineral water/air paip biasa ke dalam besen yang mengandungi ais tersebut. Biarkan seketika supaya air menjadi sejuk seperti ketulan ais, selepas itu basuh muka dengannya. Cara ini - selain lebih mudah berbanding sapukan ketulan ais yang dibungkus dengan kain kecil, ia juga dapat mengelakkan penggunaan ais yang berlebihan pada kulit wajah. Aku pernah juga cuba cara sapuan ais ke wajah dengan membungkus ketulan ais dalam kain, tapi tak lama aku bertahan dengan cara tu, sebab masa pagi adalah masa yang agak kritikal - Siapkan anak-anak, siapkan itu siapkan ini..so kalau ada cara yang lebih mudah, pasti aku akan ikut cara yang mudah - lebih mudah, maksudnya lebih menjimatkan masa!

Ais/air sejuk memang boleh "freezekan" kedut-kedut di wajah. Cubalah beberapa minggu, anda akan nampak perubahan pada struktur wajah anda. Wajah akan kelihatan lebih muda dan tegang!



Petua Senaman Wajah
Wuuuu...yang ini memang memerlukan semangat serta kesungguhan yang tinggi! Orang yang istiqamah sahaja mampu buat senaman wajah ni. Carilah kat youtube / google. Letakkan keyword facial workout/facelift without surgery/face exercise/face lifting exercise - pakcik google pasti dapat membantu anda! Aku ada beberapa koleksi facial workout yang tersimpan dlm external,harddisk ku. Namun, kalau nk betul2 cantik dan sihat dan awet muda, haruslah buat overall workout. Aerobik biasanya target keseluruhan bahagian bdn trmasuk wajah. Search je kt youtube, banyak sgt workout yg akan keluar, tapi mcm aku tekankan kt atas tu, aerobic is the best workout. Ini pendapat ku  :)


face lifting exercise




Makanan
Makanan sunnah. Sgt2 disyorkan untuk kita terutama org Islam untuk mengamalkan makanan sunnah.,selain sangat baik untuk kesihatan, makanan ini juga sangat membantu mengekalkn kecantikan. Mudah saja nak cntik kan....antara nya ialah :

1. Cuka kurma,
2. Cuka epal,
3. Madu lebah dan madu kelulut
4. Kurma
5. Minyak zaitun

Antara Makanan Sunnah

                                      


**3 petua mudah..tapi ingat, semua petua2 ni adalah petua semulajadi, SO......akan ambil masa sebelum menampakkan hasilnya....Sabar dan tawakkal, insyaallah...




-VC Awien-
Fb            : https://www.facebook.com/awien.pinky
Page Fb   : https://www.facebook.com/pages/Drazwin-healthy-beauty/580234235365326?ref=hl
Whatsapp: 017-762 5243

Tiada ulasan:

Catat Ulasan