Assalamualaikum semua.. hari ini masih bercuti kan semua... bersama keluarga tercinta sudah memeberi kebahgiaan tidak terhingga...
lepas sarapan tadi i pun mengemas rumah dan sambil tengok Nasi Lemak Kopi O, sedang menyapu2 tertarik dengan slot yang mereka sedang bincang kan iaitu Terapi Warna... Ok i pun stop menyapu dan dengar (sagup tu berhenti menyapu sebab tertarik dengan ilmu yang di sampai kan oleh pakar terapi warna itu)
Rasa macam menarik dan unik apabila menggunakan terapi warna mengikut hari. Alhamdulillah, Allah telah menciptakan pelbagai jenis warna untuk kita gunakan dalam kehidupan seharian. Ok disini i kongsikan tips pemilihan warna mengikut hari adalah seperti berikut;
**************
ISNIN, PUTIH (Gabungan / istirehat / pertahanan)
SELASA, PINK / VIOLET(Kesucian rohani)
RABU, BIRU (Kasih sayang / tumpuan)
KHAMIS, KUNING / OREN (Pemikiran / tenaga)
JUMAAT, HIJAU (Keseimbangan / iman)
SABTU, MERAH (Keberanian / tuah / kemewahan)
AHAD, HITAM (Keberanian / tuah / kemewahan)
***************
nanti korang boleh print/salin lepas tu tampal di almari pakaian korang. hehe... mungkin, lepas ni korang boleh tambah koleksi pakaian degan warna yang berlainan untuk diserasikan dengan terapi warna mengikut hari. selamat mencuba! 😉
-


Tiada ulasan:
Catat Ulasan